Saturday, July 26, 2008
Pantang larang sering dipraktikkan pada zaman nenek moyang kita. Tanpa disedari, ia telah banyak membantu mereka menjalani hidup sehari-hari. Pelbagai contoh dapat dilihat, salah satu daripadanya ialah '
Kita tidak boleh membuka payung di dalam rumah, nanti ular datang'. Sebenarnya, bukan alasan ular yang mendorong mereka melarang kanak-kanak membuka payung di dalam rumah. Lebih tepat sekali, mereka tidak mahu ada musibah yang terajdi. Ini adalah kerana hujung payung amat tajam dan keluarga pada zaman itu amat besar. Jika payung itu dimainkan di dalam rumah, kemungkinan hujung payung tercucuk mata salah satu ahli keluarga amat tinggi. Ini akan membawa beban kepada keluarga tersebut kerana harus mencari rawatan doktor. Jelas sekali, pantang larang dapat membantu orang-orang dahulu menjalani hidup.
6:21 PM